Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman-teman alam maya,
Bila kita berbicara soal Homestay, pasti kita dah terbayang untuk memiliki sebuah rumah dan perlu mengisi rumah tersebut dengan perabot-perabot tertentu. Apabila dah ada perabot, perlu menyediakan alatan memasak dan juga gubahan warna di dalam homestay anda. Setelah rumah atau Homestay selesai disediakan, maka seterusnya akan bermula misi mempromosikan homestay anda ke media-media sosial yang ada sekarang.
Dalam media sosial hari ini banyak sekali tempat-tempat yang anda boleh gunakan untuk mempromosikan HOMESTAY anda samada menerusi Facebook, Instagram, AirBnb dan joga Mudah.com. Bagi saya setakat ini saya telah membuat page sendiri untuk Homestay saya, dan juga mendaftarkan homestay saya di laman AirBnb.