Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman-teman alam maya,
Bila kita berbicara soal Homestay, pasti kita dah terbayang untuk memiliki sebuah rumah dan perlu mengisi rumah tersebut dengan perabot-perabot tertentu. Apabila dah ada perabot, perlu menyediakan alatan memasak dan juga gubahan warna di dalam homestay anda. Setelah rumah atau Homestay selesai disediakan, maka seterusnya akan bermula misi mempromosikan homestay anda ke media-media sosial yang ada sekarang.
Dalam media sosial hari ini banyak sekali tempat-tempat yang anda boleh gunakan untuk mempromosikan HOMESTAY anda samada menerusi Facebook, Instagram, AirBnb dan joga Mudah.com. Bagi saya setakat ini saya telah membuat page sendiri untuk Homestay saya, dan juga mendaftarkan homestay saya di laman AirBnb.
Selain itu, antara tempat yang sangat baik untuk mendaftarkan perniagaan atau homestay anda adalah di google business. Jadi apabila orang google dikawasan tersebut, google akan memaparkan homestay-homestay mahupun hotel yang ada dikawasan tersebut. Malahan bergantung pada jumlah pelanggan yang pernah tinggal di Homestay anda, mereka boleh memberi penilaian di Google untuk Homestay anda. Namun di google ini, bagi kami , ada bebarapa rating yang diberikan di google itu datang dari sesiapa sahaja malahan yang tidak pernah tinggal di rumah anda pun boleh bagi rating dengan syarat beliau mempunyai akaun Google, jadi kalau mereka letak 1 star, maka akan effect rating anda di dalam google.
Antara platform yang pada saya sangat baik dan banyak dari pelanggan-pelanggan saya book adalah menerusi applikasi AirBNB. Ia merupakan satu website oversea namun merupakan satu sistem yang mudah untuk digunakan pakai dan selamat.
Kami mula tertarik untuk mendaftarkan Homestay kami setelah bercuti ke Jepun dimana rumah yang kami sewa adalah menerusi website AirBnb. Bagaimana mudahnya untuk check-in dan check-out rumah tersebut tanpa perlu bertemu dengan owner rumah tersebut. Semua komunikasi secara maya dan berdasarkan kejujuran. Lagipun pengguna yang tinggal dirumah pastinya telah mendaftarkan maklumat mereka dengan AirBNB, jadi jika melakukan sebarang perkara yang tidak sepatutnya dirumah tersebut, pada saya owner atau pengusaha HOMESTAY boleh sahaja membuat laporan kepada pihak Airbnb.
Jadi begitulah serba sedikit pengkongsian ringkas saya bagaimana untuk mempromosikan Homestay anda dan platfom mana yang sesuai untuk digunakan. Malahan terdapat berberapa platform lagi yang saya masih belum guna adalah seperti Agoda.com dan booking.com. Ini juga adalah dua website yang ada boleh guna untuk mendaftarkan Homestay anda.
Mungkin Hanaa's Homestay akan didaftarkan di sesawang-sesawang yang lain pula.
Okay jumpa lagi untuk pengisian yang akan datang.
Jom lawati dan tinggal di Hanaa's Homestay.
No comments:
Post a Comment